Followers

sila like kalu suka

07 April 2011

fenomena usop wilcha menghantui kak limah..haha

Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru saja melabuhkan tirainya semalam dengan Shaheizy Sam ditabalkan sebagain Bintang Paling Popular untuk tahun 2010. Tahniah kerana memang beliau layak untuk memegang anugerah tersebut. Baiklah! Gua bukan nak ulas pasal siapa pemenangnya sebab Lisa Surihans dah menang jadi gua diam jer lah. Hohoho! Gua nak mengulas tentang fenomena baru yang berlaku semalam iaitu 'Fenomena Angkat Tangan'. Hohohoho!




Memang epik gila semalam gara - gara abang Usop Wilcha nih. Hehehehe! Selalunya kalau pengumuman anugerah bintang paling popular nih suasana dia sedikit formal sebab melibatkan orang VVIP tapi gua tengok semalam macam orang - orang VVIP tu tak wujud. Hahahahaha! Selamba jer Johan bawa si Abang Usop Wilcha nih ke sebelah orang VVIP dengan siap menari poco - poco. Memang cool gila semalam. Paling gua gelak gila - gila bila Abang Usop cakap,"Sila Angkat Tangan Macam Saya!" lepas tu ramai - ramai angkat dan pusing tangan macam dia. HAHAHAHAHA! Coollllll Gilerrrrrrrr!!!

Dato Siti Nurhaliza Pun Dihantui Fenomena Angkat Tangan! Hehehe!

Apa - apapun, fenomena Angkat Tangan nih memang menghantui ramai dah penonton - penonton dekat Malaysia nih. Hohoho! Kalau sebut Hantu Kak Limah Balik Rumah orang bukan ingat sangat Kak Limah, Awie atau Johan tapi orang mesti ingat kan watak Usop Wilcha. Memang watak nih menjadi! Dengar katanya nanti akan ada filem arahan Mamat Khalid juga yang akan menampilkan Usop Wilcha sebagai watak utama. Tak sabar nak menonton! Hehehehe!


P/S : Mungkin Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2011
Jatuh Pada Usop Wilcha. Siapa Tahu Kan?

No comments:

Post a Comment