Followers

sila like kalu suka

11 April 2011

Kenal Pasti Telur Tiruan



Kat bawah neh aku nak share info kepenggunaan dengan korang. Sebagai pengguna kita kena ada ilmu bagi memastikan kita tak terjebak dengan umpan peniaga yang gila nak kaya ekspress tanpa memikirkan kesan negatif terhadap pengguna. Baca, faham dan sebarkan.

Ciri-ciri telur tiruan.

1. Kulit lebih berkilat berbanding telur sebenar [telur neh metalik weh.. ]

2. Permukaan kulit kasar [tak pakai pencuci muka kot]

3. Menghasilkan bunyi yang kuat apabila digoncangkan kerana kandungan air dalam bahan mentah yang digunakan [banyak air lah tue]

4. Mempunyai bau berbeza [tak pakai minyak wangi beb]

5. Putih dan kuning telur akan bercampur sebaik sahaja telur dipecahkan. [aku suspect aku pernah terbeli dan termakan telur neh. Awal tahun 2011, perak. 8 dari 10 telur yang aku beli semua bercampur kuning + putih telur. Masa tue aku fikir mungkin aku bawa motor laju-laju menyebabkan telur-telur tue terpecah kat dalam. Rupanya teori aku memang sah teori bangang]

6. Ketika di goreng, putih telur mudah merebak tanpa di sentuh [ketika masak dengan maggie pun sama weh]

7. Kulit telur tiruan lebih lutsinar apabila diletakkan di bawah cahaya terang.

8. Putih dan kuning telur sangat nipis. [neh mungkin dia cakap pasal tekstur]

9. Tiada lapisan kulit pada bahagian dalam telur tiruan.

Selain telur tiruan, ada makanan tiruan yang lain gak. China neh memang jahat betul lah. Aku terpaksa kagum kesungguhan mereka menerokai teknologi baru. Tapi sayangnya kecanggihan mereka tak kena tempat beb. Apa2 yang datang dari china memang tak boleh pakai punya. Murah + mudah = cepat rosak = china. Heh.

Makanan tiruan yang lain.

1. Beras. 

- dihasilkan guna ubi kentang, keledek dan plastik. = betul2 nak bunuh orang.

2. Tauhu.

- dihasilkan melalui campuran bahan kimia dan dilabel menggunakan jenama syarikat makanan yang sah

Pada tahun 2008 terdapat 76,500 kes barangan makanan tiruan di china yang membabitkan kos rm120juta. Ini juga bermaksud mereka menghasilkan makanan tiruan neh pada skala yang besar dan ia meluas. Kalau tak meluas, takan sampai ke malaysia pula?

Tahu tak kesan akibat makan telur tiruan neh?

- risiko hilang ingatan. Patutlah aku rasa sekarang aku mudah lupa. Untuk rekod korang aku makan telur hampir setiap hari. Hari yang aku tak telur ialah hari yang aku tak makan maggie. Hari yang aku tak makan maggie + telur ialah hari yang aku makan nasi atau roti.

- nyanyuk dan ganguan memori. Aku belum nyanyuk lagi buat masa sekarang. Sebab aku selalu beli telur omega. Ceh berlagak beb. Tapi ada juga beli telur tak omega tue. Walaupun bukan selalu.

- Ganguan metabolisme

- kerosakan saraf otak

- masalah hati

- penghasilan sel darah yang rendah 

Cis.. macam2 penyakit ko bagi kat orang enh telur tiruan. Apa yang best sangat si peniaga telur tiruan neh sampai sanggup buat kerja pedajal orang? Nak tahu? Baca bawah ;

Kos telur tiruan = 0.02
Jual di pasaran = 0.10

Antara bahan kimia komersial dan industri yang digunakan untuk menghasilkan telur tiruan ;

- asid alginik

- gelatin [ada babi ko?]

- kalsium klorida

- kalsium karbonat

Kalau nak tahu, kerajaan cakap susah nak siasat telur tiruan satu persatu. Sebab peniaga pun bijak gak. Cara mereka jual telur tiruan ialah dengan mencampurkan telur tulen dan tiruan. So kita mungkin terbeli telur tulen yang bercampur dengan telur tiruan. Kalau dah sampai tahap serius macam neh satu langkah je yang boleh kita buat. Ban je semua product makanan dari china. Mencegah lebih baik dari mengubati. Kos nak merawat penyakit di malaysia neh mahal. 

Lagipun sudah tentulah orang2 miskin je yang akan dapat natijah. Sebab apa? Sebab orang2 miskin mana lah ada masa nak check paper [silap2 nak beli paper pun tak berduit] dan serap semua maklumat neh. Kalau pun mereka tahu kewujudan telur tiruan, macam mana lah mereka nak cegah daripada beli telur? 

Kalau nak beli telur omega mereka tak mampu. So lebih baik kerajaan ban semua product makanan dari china dan kenakan hukuman berat pada peniaga yang jual makanan dari china. Sediakan talian hotline supaya pengguna boleh lapor terus kepada kerajaan jika terdapat mana-mana peniaga yang menjual makanan dari china. Dan rahsiakan semua maklumat pengadu. Inilah masanya kalau kerajaan sungguh nak buat baik dengan rakyat.
 
(ihsan : AMENO WORLD)

No comments:

Post a Comment