Terputusnya suatu hubungan adalah sesuatu yang memeritkan, samada kepada sebelah pihak atau kepada kedua-duanya sekali. Mungkin setelah sekian lama menjalinkan hubungan sebagai sepasang kekasih, tiba suatu ketika hubungan ini tidak dapat diselamatkan lagi.
Untuk entri ini, aku buat untuk keadaan di mana apabila anda putus cinta, dan tiada tanda-tanda si dia akan kembali kepada anda. Mungkin si dia sudah ada orang lain ataupun si dia memang tidak mahukan anda lagi. Jika anda yang memutuskan hubungan, mungkin tidak separah dengan orang yang menerima keadaan 'diputuskan'.
Si dia sudah tidak kembali kepada anda.. Anda kecewa.. Jadi apa yang perlu anda lakukan/pikir/bertindak.?
Jadi kali ini aku bawakan beberapa point dari pendapat dan pandangan aku sendiri. Jika anda ada pendapat lain, boleh bagitahu di ruangan komen untuk kita bertukar pendapat.
Berikut point² yang aku pikirkan.
1. Simpan sementara gambar si dia
Mungkin bagi anda idea ini seperti 'idea gila' kerana akan membangkitkan perasaan rindu. Tetapi pikirkan seperti ini. Jika hari ini anda bersamanya, selepas ini anda tidak lagi berpeluang untuk menatap/bercakap/berbual. apa akan terjadi jika anda terasa begitu memerlukan si dia sedangkan si dia sudahpun bersama orang lain.?
Tengok gambar. Itu dapat mengurangkan sedikit kepedihan yang tersarang di hati anda. Tidak perlu anda tatap gambar tiap² hari, just simpan buat sementara sehingga luka di hati perlahan-lahan sembuh. Nanti ada suatu ketika anda rasa anda sudah agak ok, dan tidak perlu menatap gambar kerana ingatan anda kepada si dia sudah makin pudar, pada masa itu anda boleh buang atau delete gambar yang ada dalam pc anda.
2. Jangan dengar/menyanyi lagu jiwang
Jika bercinta, perasaan gembira dan bahagia akan anda lalui. Anda boleh mendengar/karaoke lagu² yang best². Tetapi jika anda putus cinta, sebolehnya elakkan daripada mendengar, apatah lagi menyanyi lagi yang berkaitan putus cinta.
Mungkin bagi anda itu untuk meluahkan kepedihan dalam diri anda, tetapi sebenarnya apa yang anda dengar/nyanyi akan membangkitkan rasa rindu kepada orang yang tiada di sisi anda. Dan percaya atau tidak, jika sebelum putus cinta anda tidak begitu kisah dengan lirik lagu, tetapi apabila putus cinta anda begitu mengambil berat dengan lirik lagu.
3. Cari kawan yang berlainan jantina
Cari kawan berlainan jantina, ataupun jika sudah ada lagi bagus. Cari kawan, bukan mencari pengganti dirinya. Anda boleh cari pengganti si dia jika hubungan anda sudah lam terputus, tetapi jika hubungan anda baru sahaja terputus, cari kawan berlainan jantina untuk meluahkan apa yang anda rasa. Kerana meluahkan perasaan adalah berbeza antara sama jantina dengan berbeza jantina.
Kadang ada yang tersilap terlalu awal untuk menerima orang lain dalamm hidup selepas terputus hubungan. Dapat cepat menjalin hubungan selepas putus cinta, bukan menunjukkan anda power, tetapi lebih kepada keputusan yang tergesa² untuk mengisi kekosongan di hati anda. Anda boleh tersilap pilihan jika pilihan yang anda buat adalah berdasarkan emosi, bukan pikiran anda dalam keadaan stabil.
Jadi jika anda baru putus cinta, cari kawan yang berlainan jantina untuk anda luahkan apa yang terbuku di hati anda.
4. Think : Dia bukan untuk aku..
Si dia curang, anda baik. Secara logiknya adakah si dia layak untuk anda.?. Tidak.
Peluang boleh diberi, setiap orang layak di beri peluang termasuk diri anda. Tetapi jika pasangan anda sudah curang, contohnya hingga melakukan hubungan seks dengan orang lain. Adakah anda pikir dia layak untuk anda.?
Kerana, jika seseorang pernah curang, pasangan yang akan bersamanya akan mengingati apa yang telah dilakukan olehnya sehingga akhir hayatnya. Lagi² kalau curang hingga melibatkan hubungan badan. Jadi pikir, jika dia dari awal² lagi sudah begitu, adakah anda hendak bersamanya.?
5. This is your life.
Inilah hidup anda. Hadapinya. Anda tidak boleh pikir hidup anda sentiasa seronok, gembira. Anda tahu hidup kita seperti roda, anda kala kita di atas, ada kala kita di bawah. Anda pernah berada di atas, dan sekarang adalah masa anda untuk berada di bawah.
Anda pikir keadaan anda teruk? Ada lagi yang lebih teruk daripada apa yang anda hadapai, putus cinta. Ada yang dipukul, ada yang disimbah asid, ada yang dikurung,. Tetapi ramai sahaja daripada mereka yang bangkit untuk jadi orang yang bagus.
Jadi anda putus cinta, anda hendak menyesali hidup anda.? NO.
banyak lagi rintangan dalam hidup yang perlu anda hadapi..
Jika anda berjaya harungi salah satu cabaran hidup ini, anda sudah boleh katakan kepada diri anda, anda memang tahu untuk kendalikan hidup anda sendiri.
-------------------------------
Apabila putus cinta, antara perasaan yang anda akan hadapi adalah anda akan rasa berdendam. Bukan setakat berdendam kepada si dia, tetapi anda akan berasa berdendam kepada semua orang yang sejantina dengannya.. Perasaan itu boleh aku katakan 'normal' pada mulanya kerana kita adalah manusia, tetapi jangan terus terbawa-bawa dengan perasaan anda itu.
Tidak kira lelaki atau perempuan, perasaan dendam dan kecewa akan terbit dikala hubungan terputus. Yang penting bagaimana anda uruskan perasaan dan diri anda. Jangan jadi seperti si dia, yang tidak pandai menghargai anda. Suatu hari anda akan jumpa seseorang yang akan menghargai anda seperti mana anda pernah menghargai orang lain. What goes around, comes around.
Masa akan menentukannya.
This is your life.
Hadapinya..
entry asal dari orang lain neh..
ReplyDelete